Ahad, 24 Mac 2013

salah faham

Assalamualaikum and haiii ..


Beberapa hari nih aku memang sangat down . sangat2 !!  hmm ,, kenapa aku rasa macam aku dah give up nih ? kenapa lah kan ,, penat dah aku fikir semua nih . kenapa banyak2 masalah , masalah nih yang aku susah nak setelkan . seyes , beberapa hari nie juga aku cuba untuk berfikir untuk selesaikan masalah aku nie , tapi aku tak jumpa kata putus untuk segalanya . patut ke aku akhiri semua ini ? ya Allah , aku perlukan satu kata putus untuk aku berhenti daripada sakitkan hati aku sendiri . makin hari aku rasa hati aku dah kosong , kosong sangat ! aku nak teruskan , kenapa aku je bersungguh2 , tapi dia tak . aku malas nak cite pasal dia skunk . -,- juz nak luahkan apa yang aku rasa beberapa hari ini . kadang2 aku fikir aku nak pergi jauh2 , tenang kan hati aku yang tak tenang .tak nak jumpa sapa2 , tak nak cakap an sapa2 , nak sendirian tanpa ada ganguan . apa je yang aku buat , aku tak focus . semua dah jadi macam apa . aku ada perasaan taw tak ! tak kan tu pun tak boleh faham . dengan sapa lagi aku nak cerita , supaya kau kuat macam sebelum nih ,, fikiran aku asyik fikir yang bukan2 je , perkara yang buat aku makin down . eh , ada tak sapa2 yang nak bawa aku pergi bercuti ? dah lama sangat tak pergi bercuti  , lagi satu kan ,, hey awak yang cantik , maaf lah kalau buat awak rasa yang saya nie stalker  fb awak dan dia . yang penting saya tahu apa yang saya buat :)

Jumaat, 22 Mac 2013

sakit hati .

selamat malam , juz nak luahkan nih jee .


sakit hati okeyy , skunk nih tengah sakit hati . hmmm tak ada apa yang mampu diluahkan lagi . SAKIT HATI -,- kau buat hal kau je la kan , aku nih macam tunggul ! eee ,, frust gile la wehhhh .
okey bhaii ,


Rabu, 20 Mac 2013

DUGAAN .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..


Allah tengah menduga kita sekarang nih . aku akui yang aku tergugat dengan dugaan ini , tapi dia selalu bagi kata2 semangat , disebabkan itu aku semakin kuat untuk hadapi semua nya . baru je bermula , tapi aku dah hampir give up . Nampak tak kat situ betapa lemah nya hati aku nih ? aku cuba untuk terima semuanya dengan berfikiran positif , tapi hati aku tak ikhlas . walaupun aku terima , hati aku tetap sakit . tak ada apa yang aku nak cakap , juz KALAU HUBUNGAN AKU ADA MASALAH , SEMUANYA DISEBABKAN DIA !! aku dah malas nak berprasangka buruk at my partner . aku yakin , skunk hati kiteorang semakin kuat untuk teruskan hubungan ini . walaupun kadang2 , ada je yang akan buat kami salah faham . fikir punya fikir , aku nak serah semuanya pada jodoh . bertahan lah macam mana pun , kalau tak ada jodoh , tak bersama jugak . orang ketiga ? yee , aku tengah benggang skunk nie dengan someone . please laaa ,, faham perasaan aku nie , aku tak suka . tu jee .. jangan sampai aku hilang sabar . then ada laa kan yang jadi . tak payah nak perihatin sangat dengan dia ,, tak salah kalau nak berkawan , tapi jaga had sebagai kawan okey ..jangan lah lebih2 dari aku pulak , tak cantik tu beb . kau ada pakwe kan ? so kau faham perasaan aku skunk nih , jangan bagi tekanan  dalam relation aku dengan dia . bergaduh pun tak guna kot , sebab Nampak tak matang lah kan . so please , jangan sampai aku tahu apa2 lagi yang buat aku benci kau . cukup lah skunk nie okeyy ..  kejujuran kau dan dia sangat aku perlukan skunk nih . kalau rasa still nak teruskan persahabatan korang , tolong lah jangan ubah kepercayaan aku terhadap korang . lastly , aku harap kau bukan orang ketiga dalam hubungan aku dan dia .

For you MR.AA ,, apa pun yang jadi , saya pegang kata2 awak , yang saya tak akn kehilangan awak sebab orang ketiga . kalau tak ada jodoh pun , biar lah sebab yang lebih baik untuk mengurangkan kesakitan hati ini . saya hargai apa je yang awak cuba pertahankan . thanks bagi saya keyakinan untuk percaya kata2 awak . saya mintak maaf sebab tak mampu jadi yang terbaik di mata awak , tapi saya janji saya akan jadi yang terbaik di hati awak selagi ada jodoh kita . kebahgiaan kita , hanya kita yang boleh rancang sebaik mungkin , dan ALLAH yang tentukan segalanya . saya bahgia , n harap awak dapat kekal kan kebahgiaan ini sayang . take care kat sana ,, jaga hati awk baik2 aw . lyfne J


apa yang aku rasa skunk :(

betul2 ,, nih yang terjadi skunk -,-





Jumaat, 15 Mac 2013

cintailah aku kerana ALLAH .




In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..



Ibu bapa mana yang mahukan anak nya hidup susah dan terumbang-ambing . kalau boleh biarlah calon itu menepati ciri2 yang ditetapkan islam . Antara cirri-ciri suami mahupun isteri yang boleh dijadikan pasangan hidup ialah meraka yang menyayangi kta kerana Allah , menjaga kita kerana Allah , memiliki cirri-ciri lelaki yang soleh dan wanita yang solehah , turut takut pada larangan Allah , menghormati kedua ibu bapa dan menjadi pengikut Rasulullah . jika ciri-ciri tersebut ada , maka teruskan lah ke fasa setrusnya .Kita perlu tahu bahawa ibu bapa adalah rujukan yang terbaik jika melibatkan aspek pemilihan calon suami atau isteri nih , jika ada diantara kita yang dah mempunyai calon , haruslah memaklum kan kepada mak dan ayah korang . mereka takan meletak kana apa-apa syarat jika calon pilihan itu menepati kehendak agama .

Malah pandangan dari ibu bapa juga perlu diambil kira kerana mereka lebih makan garam berbanding kita . restu itu penting kerna ia boleh membahgiakan orang tua korang . jika korang tak pernah membahgiakan ibu bapa korang m bermakna korang anak derhaka . ingt lah yang perkahwinan bukan lah matlamat kosong , tetapi sesuatu matlamat yang abadi .sebolehnya buatlah dengan cara yang paling baik dan pastikan pemilihan itu membawa kepada keberkatan di dunia dan di akhirat 

Okeyy , ayat kat atas tu bukan lah ayat aku sepenuhnya . ada yang aku ambil daripada pakar motivasi yang dikenali . hmm nampak tak yang aku underline uh ? okey , aku confuse sebenarnya dengan ayat tu ,dalam dunia nih tak ada manusia yang sempurna . as a women , kita memang perlu mencari suami yang ada agama . tapi kalau kita terlalu mencari yang sempurna , tak akan dapat . dan macam mana mereka yang pernah membuat kesilapan , tapi jauh di sudut hati inginkan keinsafan ?  mereka perlukan seseorang yang boleh membuat mereka kembali ke jalan Allah . bayangkan kalau kita terlalu mencari yang terbaik , apa yang jadi pada mereka ?

Kalau yang perempuan pula , lelaki memang inginkan seseorang wanita yang  boleh menjadi isteri yang solehah n yang boleh menjaga anak2 meraka . tapi sekarang ramai perempuan yang terpesong agama nya kerana hasutan syaitan . kalau lelaki terlalu mencari wanita yang sempurana , apa yang jadi dengan mereka yang ingin berubah uh ? mereka juga perlukan seseorang untuk mereka ubah diri masing2 .seorang perempuan , kalau dah terdetik di hati tu ingin mencari keredhaan Allah , dia pasti inginkan lelaki yang boleh membimbing dia , bukan yang makin merosakkan dia .

Allah menjanjikan lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik , begitu juga dengan perempuan .  memang itu yang dijanjikan Allah , tapi sebagai manusia , untuk menyempurnakan pasangan tu , yang membezakan kita ialah kekurangan dan kelebihan . dengan kelebihan dan kekurangan diri masing2 itu lah yang akan menyempurnkan sesuatu hubungan . 

Aku yakin ramai yang tengah serabut fikir hal nih skunk . jangan risau , if kita yakin kita ingin berubah , insyaAllah , Allah akan temukan kita dengan seseorang yang terbaik . jangan lah ingat , if kita pernah membuat kesilapan , kita tak akan dapat kebahgiaan . yang penting kita bertaubat , jodoh kan rahsia Allah J


Rabu, 13 Mac 2013

pray for sabah .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..

Ya ALLAH , bagi lah kekuatan untuk ahli keluarga perwira2 negara yang terkorban di Lahad Datu ,, inalillah ,, dua orang lagi yang terkorban . hmm sumpah sedih sangat dah nih . aku yang tak de ikatan pape pun dengan dieorang rasa macam nih , apa lagi keluarga dieorang kan . kenapa lah kejam sangat pengganas nih ,, bila lah semua nih nak berakhir kan . dengan apa yang jadi nih aku terfikir , macam mana lah kalau aku kat tempat dieorang . kuat ke dengan semua dugaan nih ? ee , aku kene bersyukur sekarang , apa pun yang kurang kene ingat ade lagi yang lebih kurang daripada aku . apa lah perasaan mereka yang kat sabah tu kan , hati tak pernah tenang . sentiasa berhati2 . tak mustahil , if ada yang cuai ramai yang akan terkorban . tapi apa pun yang jadi , kita tak boleh nak salahkan dieorang yang bertugas uh . dah nama pun peperangan ,, pasti ada yang terkorban . yang kene ada skunk nih ialah , bertawakal dan berserah pada Allah . semua nya dah dirancang .

 yee ,, mungkin senang bagi aku untuk bercakap , tapi pada yang rasa uh ,  Allah je tahu . kalau lah aku mampu untuk sama2 kongsi apa yang dieorang rasa ,,, hanya doa yang mampu aku lakukan ,. Pada mulanya ,Setiap kali iklan khas paparkan gambar perwira yang terkorban , sumpah aku nangis . sebak gile hati nih . . aku macam tak percaya yang Negara nih ade peperangan . peperangan yang menyebabkan ramai yang terkorban . selalu tengok kat luar Negara je , tak berapa rasa lah sebab dah biasa dengar . kali nih kat Negara sendiri … yang terkorban pun orang kita .

haihhh ,, aku pelik kenapa ada yang terfikir ini semua permainan politik . wehhh !! kalau politik kenapa ade yang mati ?? tak kan lah nyawa nih boleh dipermainkan . so stupid okey ! adakah semua nih dirancang ? kalau betul , kenapa ?? perlu ke untuk mentabir Negara mesti ada yang terkorban ?? negara dalam bahaya pun , masih ada yang saling menyalahkan . nak tunggu berapa ramai lagi yang terkorban baru lah masing2 nak berdamai dan ada kata sepakat .sekarang bukan masa untuk politik , now time for patriotic !!  kenapa lah mesti wujud orang yang macam uh .

come on lah malaysia , tak kan nak support orang yang selalu buat masalah , yang selalu merosakkan keadaan yang aman . kalau dieorang boleh cakap nih permainan kerajaan , kerajaan pun boleh cakap nih permainan dieorang . tak mustahil dieorang yang rancang semua nih untuk porak peranda kan Negara . kalau rasa tak cukup matang untuk berfikir atau buat keputusan , kenapa perlu bermimpi untuk memimpin Negara ?? buang lah jauh2 angan2 uh . apa lagi yang tak cukup dengan kerajaan bagi ? semua yang kerajaan tentukan bersebab . semua untuk kebaikan . negara pun makin maju . hal politik , biarlah rakyat yang tentukan siapa yang terbaik . tak perlu lah nak buat cerita yang bukan2 kalau  rakyat tak nak pilih cara kau !!!

taubat lah dengan apa yang kau dah buat daripada dulu sampai skunk . apa je yang kau buat semua membuktikan yang kau TAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA . disebabkan kau , ramai yang menderita .SUMPAH AKU JIJIK DENGAN KAU !!  mugkin sekarang , yang tak bersalah menderita di dunia yang tak kekal nih . tapi KAU !! Tunggu balasan yang kekal nanti . time uh kau akan rasa apa yang mereka rasa . sebelum buat sesuatu statmnt , fikir lah perasaan orang . orang yang sedang kehilangan ahli keluarga buat selamanya  .  kau tak pernah rasa ke kehilangan ?? pada kau nih semua permainan , lansung tak ada perasaan . sanggup melontarkan kata2 yang buat dieorang terluka .

ya Allah , bagi lah petunjuk pada mereka yang terlalu kejam uh . kau selalu terlepas dari kesalahan yang kau lakukan . tapi kau tak sedar yang Allah sedang kumpul semua kesalahan kau untuk kau dapat balasan yang setimpal satu hari nanti . beribu atau berjuta orang sedang mendoakan sesuatu untuk aku . tak mustahil doa tu akan termakbul , bila2 masa . sekarang Nampak yang kau semakin giat memburukan kerajaan . mungkin Negara skunk tengah focus hal Lahad Datu , dan kau amik kesempatan hasut orang ramai untuk menyalah kan kerajaan . KAU TAK KAN DAPAT NEGARA nih . percaya lah wahai manusia KEJAM -,- rakyat belum pekak dan buta untuk percaya kata2 bongok kau tu . kalau kau teruskan semua nih dengan niat buSuk dan dengki , dengan izin Allah kau sure akan kehilangan segalanya  , AI !!



buang masa rasanya becerita pasal orang nih . hmm puas hati nih dapat luahkan apa yang terpendam .  harap cukup lah setakat nih perwira kita yang terkorban . tak sanggup rasanya nak dengar kita kehilangan salah seorang daripada mereka . untuk ahli keluarga arwah2 , kuat kan hati kalian semua dengan dugaan nih . percaya lah mereka semua akan bahgia di sana dan akan sentiasa berada di sisi Allah . mereka ialah perwira Negara selamanya . AMIN ,,  Al-fatiha untuk mereka .
beberapa gambar kenangan perwira yang terkorban .














Rabu, 6 Mac 2013

busy ft sedih --


Assalamualaikum . haii semuaa    ..

Haihh minggu nih full siot masa aku . sumpah penat .. rumah pun tergendala . so hari nih aku nekad jugak walaupun penat  , mulakan daripada toilet , dapur , depan an luar . fuhhh selesai semuanya … Nampak sikit cam rumah , kalau tak macam kapal karam . aku memang tak minat nak kemas2 nih , so kalau aku rajin je baru aku kemas betul2 , kalau tak sekadar kemas macam biase jee . lantak lah , yang penting MR.AA aku dah faham dengan perangai  aku . kan sayang ?? huhu . okeyy skunk nih aku tengah busy uruskan hal hospital . hari tu atok pergi buat chekup . tunggu giliran berjam2 , bayangkan lah pergi pukul 2 , balik kul 6.30 ,, perlukan kesabaran wehhh . dokter cakap masalah jantung atok dah serius . haihh aku ingat dah selesai , rupanya makin teruk laaa ..  dieorang cakap aku kene kawal makan an minum atok . haihhh aku nih cepat kesian laa . lagi2 kalau atok nak makan jugak . nak tak nak aku kene lah bagi jugak ,,, hmmm aku pening lah weh -,- before jumpe dokter uh aku dah kawal sebaik mungkin makan atok . alhamdllah , darah tinggi atok stabil .. tapi jantung pulak yang makin tak okeyy . alahai dokter , kenapa lah buat kepala aku pening …. Sepatutnye tadi kene g hospital JB buat chekup dada , tapi hospital kluang tak inform aku plak . bongek ! yang at sana nak marah2 pulak . serabot kepala aku . ya Allah , bagi lah kesabaran dan ikhlas kan lah hati aku dengan dugaan nih ,, okeyy dalam busy2 nih , aku still mengikuti hal Lahad Datu sabah dari masa kesemasa . haihh , sedih hati nih Allah je yang tahu . hati nih tak sanggup sebenarnya nak dengar ade kematian dari pihak pahlawan kita , tapi tetap nak tahu jugak . hmm bila lah semua nih nak setel kan , berapa ramai lagi lah yang harus terkorban kan . hope semua nih cepat setel . ade jugak yang tak puas hati dengan pahlawan kita , WHY ????? come on lah weh hormat lah perjuangan dieorang . ee , korang memang tak layak okey stay at Malaysia nih . skunk bukan masa nak berpolitik , now kita kene ada semangat patriotic okeyyy !! jum lah ramai2 kita doakan pahlawan kita supaya selamat pergi selamat balik . yang dah kembali ke rahmatullah uh , kita doakan semoga diterima mati syahid mereka oleh Allah . Al-fatiha L