Selasa, 7 Februari 2012

berduka dalam diam ..

Teman, aku sedar kamu sedang sedih tertindih luka. Berterusan kau menangis. Aku biarkan. Sesekali air mata aku jua tertumpah, aku tak rela dia buat kau macam sampah. Benar, semuanya telah berlalu.

Malam dan siang kau kuyup air mata, seolah sudah tiada apa. Teman, aku ada. Sentiasa ada meski bahuku lenjun air mata, aku tetap teman kau. Biar apa yang aku kata, kau tetap terluka. Aku pilih untuk sembunyi kata, biar bisu semua. Cuma yang aku mahu kau tahu, aku ada untuk kau bisikkan apa jua yang kamu perlu.

P/s: Aku pasti suatu hari nanti kau akan menerima. Aku doakan moga saat itu cepat-cepat menjelma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

heyy .. thanks couse bace blog saya ! sila la coment yew :)