Rabu, 27 November 2013

its Hurt


Ya Allah , bagi lah aku kekuatan untuk semua dugaan nie . kadang2 down jugak . tapi as i know , perempuan akan sentiasa sembunyikan masalah dia selagi dia mampu . hope aku pun boleh . semua nih permulaan je , tapi aku dah rasa macam nak give up . sumpah !! bukan give up daripada mencintai , tapi daripada mengharap . hmmm ye , tu yang aku rasa sekarang . aku rasa dia dah mula rasa bosan dengan aku . mungkin dah ada orang lain yang buat dia tersenyum . its okey kalau betul . tipu lah kalau aku cakap aku okey , ofcoz lah kecewe dia tersenyum bahgia bukan sebab aku . tapi kalau tu yang buat dia okey , aku pun try the best untuk okey for him . aku tak tahu lah apa yang aku rasa nie betul ke tak . keliru lah dengan perasaan nih . haihh pening2 . nak cerita dengan orang , tak kan ada yang faham . nak tanak kene lah buat keputusan sendiri . aku nie bukan nya apa2 yang nak dijadikan pujaan , jauh sekali kemegahan . seorang manusia biasa yang tak ada apa2 keistimewaan . so dengan sendiri nya aku sedar yang aku kene bersedia dari segi mental . banyak kemungkinan yang akan jadi . aku dah penat nak cuba ubah diri untuk orang lain . tapi aku tak dapat apa2 . yang aku dapt , kecewa .  dalam relation , bergaduh , salah faham , melakukan kesalahan , minta maaf , memaafkan itu semua asam garam . tapi if keduanya saling memahami. Bukan sebelah pihak je . klau sebelah je , dah berat sebelah uh . yang ag sebelaha pihak nie nak abaikan ??? please lah , sedar sikit dalam bercinta nih ada DUA ORANG , bukan seorang , kalau nak fikir perasaan sendiri je , bercinta lah sorang2 , senang . tak ada yang sakit .-,-aku bukan salah kan siapa2 , aku e ? so amek je jalan yang senag , buat hal masing2 . ada jodoh ada lah . tak ada redha . tapi hati perempuan nie tak susah nak amik . kau take care , jaga perasaan , minta maaf sure hati nih lembuat . satu je , buang lah jauh2 ego uhh . kalau tak nak selalu sesekali pun tak kisah . yang penting sesekali uh mengalah kan sweet . kalu still tinggikan ego yang sememang tinggi uh apa pun tak boleh lah kan . bukan senang kita nak jumpa orang yang boleh faham kita seadanya . kalau dah jumpa uh , please lah hargai dia . mungkin belum 100% dia memahami , tapisekurang2 nya dia cuba untuk faham walaupun kadang2 susah . tak ramai orang yang nak faham seseorng dengan bersungguh2 . please lahhh fikir kekuragan diri sendiri sekali sekala

                                                                                                                                 

Ahad, 12 Mei 2013

for you MR.AA .



kehidupan skunk nih awak lah yang pertama buat saya rasa bahagia ,, kenapa ? yee ,, saya memang pernah bercinta sebelum nih . nampak macam tipu je kan . tapi setiap fasa bercinta dengan lain orang , lain apa yang kita rasa . kebahgiaan yang berbeza . memang selama beberapa bulan saya  couple dengan awak , bermacam yang dah saya rasa . macam2 taw ! setiap kali awak buat saya sakit hati ,selepas uh  saya akan dapat rasa kebahgiaan yang teramat . nampak tak kat situ ? pada mulanya saya memang takut awak tak pujuk kalau saya merajuk . awak memang tak akn pujuk kan ? saya tahu ... so saya akan bertambah sakit hati lah kan . tapi lama kelamaan saya nampak cara awak yang sebenar . cara awak membahgiakan saya , bukan dengan kata2 . susah nak cakap , hanya awak dan saya je yang dapat merasai nya .. di mata orang lain , kita bukan lah pasangan yang romantik or wutever . tapi pada saya , awak ada cara awak sendiri untuk buat saya ketawa . setiap apa yang awak kata akan buat saya rasa yang saya sangat bertuah memiliki awak sekarang nie . tahu kenapa ? biar laa hanya saya dan Allah yang tahu . untuk awak , buat masa sekarang saya yakin yang awak betul2 ikhlas terima saya seadanya . awak terima segala kekurangan saya , segala kelemahan saya . teringat kata2 awak , yang saya perempuan pertama awak pilih melalui hati , bukan kerana paras rupa jauh sekali harta . kalau awak nak tahu , itu lah ungkapan yang semua perempuan tunggu dari seorang lelaki yang dia sayang . and now saya dah jumpa . terima kasih kerana awak selalu bagi peluang bila saya membuat kesilapan , dan sentiasa memperbetulkan nya . dari luaran awak tak nampak seperti lelaki yang memahami , tapi bila mula mengenali hati awak , saya tahu awak sangat memahami saya . kadang kala setiap kali awak buat saya sakit hati , saya terfikir untuk akhiri semuanya tapi saya tak mampu sebab saya tahu awak satu2 nya yang boleh buat saya bahgia . saya harap hubungan kita ini akn kekal sehingga akhir hayat , in shaa Allah . 

you are num ONE for me .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..


sempena hari ibu nih , aku nak lah juga update about my lovely grandma . dia ada lah seorang yang sangat memahami aku . walaupun kadang2 ada je hal yang kami tak sepakat . hehe maklum lah orang tua dengan orang muda mana lah boleh sama selalu kan . Alhamdulillah , bersyukur pada Allah sebab aku mempunyai nenek yang macam nie . sejak parents aku meninggal dunia , nenek lah yang mengantikan peranan sebagai ibu aku . tanpa nenek mungkin sekarang entah kat mane . tengah duduk2 , teringat pulak kenangan masa start sekolah tadika . pagi2 nenek da bangun masakan air panas untuk aku mandi . hmmm , terharu bila ingat semua uh . balik sekolah je makanan dah terhidang . so sweet !! sumpah aku tak boleh nak balas semua jasa nenek jaga aku daripada kecik . pengorbanan nenek hanya Allah yang boleh balas . aku tak pernah rasa kekurangan ,sentiasa dalam keadaan senang until now and hope selamanya . 
for my grandma , terima kasih sebab tak pernah putus asa melayan kerenah owg daripada kecik , sentiasa bagi yang terbaik for me . janji owg , selagi atok ada , owg akan jaga atok sebaik mungkin . i love you so much !! <3
tak ade pic nenek . ohhh , sedih . only this :)

Jumaat, 5 April 2013

smile :)



In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..



Smile its better daripada kita tunjukkan apa yang kita rasa . if kita ada masalah ,, as a women , kalau boleh kita nak simpan kan , kalau boleh tak nak orang tahu . orang yang betul2 faham kita , dia akan nampak senyuman kita tu bahgia atau tengah berduka . bila aku tengah bersedih , aku nampak siapa yang faham perasaan aku . walaupun aku cuba sembunyikan perasaan uh . alangkah indahnya bila kita tengah sedih , dapat peluk then nangis puas2 kan dengan someone yang faham kita . untuk masalah aku yang lepas nih , secara tak sengaja terberitahu atok pulak ,, nampak yang dia pun sedih . lagi lah bertambah sedih aku nih , haihh -,-
Walaupun semua nya dah okey , aku still rasa sakit hati . sebab aku tak faham kenapa aku boleh terima semua ini balik . setelah hati aku betul2 terluka . mustahil kann … hmm kalau orang lain tak mungkin kot nak terima benda yang menyakitkan nih . walupun aku terima , tapi semua dah tak macam duluu . sekarang rasa macam hilang sesuatu . yee ketara apa yang aku rasa nih ,susah lah nak cakap . aku tak nak mengharap apa2 . dia cakap , jangan terlalu mengelabah . trust him . yess ,, skunk nih walau apa pun yang jadi , aku percaya tu semua takdir . sebab apa pun yang kita rancang , kalau tak diizinkan Allah semua tak akan menjadi .
Bila kita dah betul2 sayang seseorang uh , kalau sekali hati nih terluka akan ada lagi ke perasaan yang sama macam sebelum uh ? mungkin perasaan sayang tu ada , tapi tak sekuat dulu kan . aku pelik lah tengok relation orang yang tahan bertahun2 uh , apa rahsia dieorang ek ? tak kan lah selama bertahun2 tu tak pernah bergaduh . kalau aku tanye mesti ada yang cakap , dalam relation kita mesti saling mempercayai dan memahami . senang je kan ungkap kan ayat uh , tapi untuk memahami dan merasai semua tu bukan semua orang mampu .,
Untuk kekalkan satu hubungan , salah seorang mesti lah pemaaf . yee , kalau kedua2 nya panas baran , setaun pun tak sampai . lagi satu , salah seorang mesti kene mengalah , sebab salah sorang daripada kita mesti lah kepala batu , dia je yang nak betull . ada tak ? mesti ada kan ,,, tipu lah kalau dia akan sentiasa memahami kita , an apa yang kita suka dia akn suka juga . mustahil ! tak ada yang sempurna dalam dunia nie . fakta , untuk kekal kan satu hubungan , kita kene saling mengalah . tapi kadang2 kalau asyik kita je yang nak mengalah , sakit hati juga kan ? tapi still tahan juga sebab sayang relation uh . kalau kita just suka2 , mesti lah gaduh sikit je dah putus then dapat yang lain .
Perempuan susah untuk jatuh cinta dan susah untuk melupakan , berbanding lelaki yang senang jatuh cinta n senang melupakan . tapi tak semua lah kan , kalau perempuan putus cinta , then tak lama lepas uh ada seorang lelaki yang selalu an dia , tu bukan sebab cinta , tu sebab dia rasa dihargai dan bila dia tengah sedih ada someone yang selalu bagi kata2 semangat , itu yang merapatkan mereka , bukan sebab cinta . tapi kalau lelaki , dalam bercinta pun dia boleh sayang perempuan lain , so tak pelik lah bila putus cinta sekejap je dah ada penganti .dalam satu hari lelaki dah boleh jatuh cinta , then kuarkan kata2 cinta . nie bukan auta okeyy ,FAKTA !!
Dalam hubungan pulak , perempuan yang banyak mengalah , yang banyak Koban kan perasaan nih .. lelaki ? pandai buat salah , pandai minta maaf . tu jela keje dia , bila dengan membe kita nih num 2 3 4 or 10 . betul tak girl ?? kalau kita nak tahu lelaki uh macam mana senang je . tengok dia putus cinta , apa reaksi dia . apa yang akan aku bagitahu nie nampak macam poyo lah kan , tapi kalau tak caya cuba lah . okey , lelaki yang betul2 rasa kehilangan orang yang betul2 dia sayang , dia akan frust sangat2 .. tapi jarang lah kita nampak kan , sebab tak semua akan tunjukkan perasaan dia uh . haihhh , susah lah nak habaq , kalau korang pernah jumpa korang akan faham apa yang aku maksud kan . susah nak faham lelaki nih ,, dieorang terlalu complicated . pada dieorang yang complicated ,, untung lah kalau perempuan dah dapat lelaki yang betul2 sayang kita , bukan senang aw .
Pada yang tengah frust , faham perasaan korang , coz aku pun baru je rasa . take time kan nak lupakan sesuatu yang indah dalam hidup kita tetiba dah tak ada . haiih , sakit2 .. tapi takpe , dunt wory , satu hari sure akan ada yang terbaik akan datang . masa tu korang akan berterima kasih at ex korang coz kalau dia tak lepaskan korang , korang tak akan jumpa yang terbaik sekarang J
okeyy , bhaii :)

Ahad, 24 Mac 2013

salah faham

Assalamualaikum and haiii ..


Beberapa hari nih aku memang sangat down . sangat2 !!  hmm ,, kenapa aku rasa macam aku dah give up nih ? kenapa lah kan ,, penat dah aku fikir semua nih . kenapa banyak2 masalah , masalah nih yang aku susah nak setelkan . seyes , beberapa hari nie juga aku cuba untuk berfikir untuk selesaikan masalah aku nie , tapi aku tak jumpa kata putus untuk segalanya . patut ke aku akhiri semua ini ? ya Allah , aku perlukan satu kata putus untuk aku berhenti daripada sakitkan hati aku sendiri . makin hari aku rasa hati aku dah kosong , kosong sangat ! aku nak teruskan , kenapa aku je bersungguh2 , tapi dia tak . aku malas nak cite pasal dia skunk . -,- juz nak luahkan apa yang aku rasa beberapa hari ini . kadang2 aku fikir aku nak pergi jauh2 , tenang kan hati aku yang tak tenang .tak nak jumpa sapa2 , tak nak cakap an sapa2 , nak sendirian tanpa ada ganguan . apa je yang aku buat , aku tak focus . semua dah jadi macam apa . aku ada perasaan taw tak ! tak kan tu pun tak boleh faham . dengan sapa lagi aku nak cerita , supaya kau kuat macam sebelum nih ,, fikiran aku asyik fikir yang bukan2 je , perkara yang buat aku makin down . eh , ada tak sapa2 yang nak bawa aku pergi bercuti ? dah lama sangat tak pergi bercuti  , lagi satu kan ,, hey awak yang cantik , maaf lah kalau buat awak rasa yang saya nie stalker  fb awak dan dia . yang penting saya tahu apa yang saya buat :)

Jumaat, 22 Mac 2013

sakit hati .

selamat malam , juz nak luahkan nih jee .


sakit hati okeyy , skunk nih tengah sakit hati . hmmm tak ada apa yang mampu diluahkan lagi . SAKIT HATI -,- kau buat hal kau je la kan , aku nih macam tunggul ! eee ,, frust gile la wehhhh .
okey bhaii ,


Rabu, 20 Mac 2013

DUGAAN .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..


Allah tengah menduga kita sekarang nih . aku akui yang aku tergugat dengan dugaan ini , tapi dia selalu bagi kata2 semangat , disebabkan itu aku semakin kuat untuk hadapi semua nya . baru je bermula , tapi aku dah hampir give up . Nampak tak kat situ betapa lemah nya hati aku nih ? aku cuba untuk terima semuanya dengan berfikiran positif , tapi hati aku tak ikhlas . walaupun aku terima , hati aku tetap sakit . tak ada apa yang aku nak cakap , juz KALAU HUBUNGAN AKU ADA MASALAH , SEMUANYA DISEBABKAN DIA !! aku dah malas nak berprasangka buruk at my partner . aku yakin , skunk hati kiteorang semakin kuat untuk teruskan hubungan ini . walaupun kadang2 , ada je yang akan buat kami salah faham . fikir punya fikir , aku nak serah semuanya pada jodoh . bertahan lah macam mana pun , kalau tak ada jodoh , tak bersama jugak . orang ketiga ? yee , aku tengah benggang skunk nie dengan someone . please laaa ,, faham perasaan aku nie , aku tak suka . tu jee .. jangan sampai aku hilang sabar . then ada laa kan yang jadi . tak payah nak perihatin sangat dengan dia ,, tak salah kalau nak berkawan , tapi jaga had sebagai kawan okey ..jangan lah lebih2 dari aku pulak , tak cantik tu beb . kau ada pakwe kan ? so kau faham perasaan aku skunk nih , jangan bagi tekanan  dalam relation aku dengan dia . bergaduh pun tak guna kot , sebab Nampak tak matang lah kan . so please , jangan sampai aku tahu apa2 lagi yang buat aku benci kau . cukup lah skunk nie okeyy ..  kejujuran kau dan dia sangat aku perlukan skunk nih . kalau rasa still nak teruskan persahabatan korang , tolong lah jangan ubah kepercayaan aku terhadap korang . lastly , aku harap kau bukan orang ketiga dalam hubungan aku dan dia .

For you MR.AA ,, apa pun yang jadi , saya pegang kata2 awak , yang saya tak akn kehilangan awak sebab orang ketiga . kalau tak ada jodoh pun , biar lah sebab yang lebih baik untuk mengurangkan kesakitan hati ini . saya hargai apa je yang awak cuba pertahankan . thanks bagi saya keyakinan untuk percaya kata2 awak . saya mintak maaf sebab tak mampu jadi yang terbaik di mata awak , tapi saya janji saya akan jadi yang terbaik di hati awak selagi ada jodoh kita . kebahgiaan kita , hanya kita yang boleh rancang sebaik mungkin , dan ALLAH yang tentukan segalanya . saya bahgia , n harap awak dapat kekal kan kebahgiaan ini sayang . take care kat sana ,, jaga hati awk baik2 aw . lyfne J


apa yang aku rasa skunk :(

betul2 ,, nih yang terjadi skunk -,-





Jumaat, 15 Mac 2013

cintailah aku kerana ALLAH .




In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..



Ibu bapa mana yang mahukan anak nya hidup susah dan terumbang-ambing . kalau boleh biarlah calon itu menepati ciri2 yang ditetapkan islam . Antara cirri-ciri suami mahupun isteri yang boleh dijadikan pasangan hidup ialah meraka yang menyayangi kta kerana Allah , menjaga kita kerana Allah , memiliki cirri-ciri lelaki yang soleh dan wanita yang solehah , turut takut pada larangan Allah , menghormati kedua ibu bapa dan menjadi pengikut Rasulullah . jika ciri-ciri tersebut ada , maka teruskan lah ke fasa setrusnya .Kita perlu tahu bahawa ibu bapa adalah rujukan yang terbaik jika melibatkan aspek pemilihan calon suami atau isteri nih , jika ada diantara kita yang dah mempunyai calon , haruslah memaklum kan kepada mak dan ayah korang . mereka takan meletak kana apa-apa syarat jika calon pilihan itu menepati kehendak agama .

Malah pandangan dari ibu bapa juga perlu diambil kira kerana mereka lebih makan garam berbanding kita . restu itu penting kerna ia boleh membahgiakan orang tua korang . jika korang tak pernah membahgiakan ibu bapa korang m bermakna korang anak derhaka . ingt lah yang perkahwinan bukan lah matlamat kosong , tetapi sesuatu matlamat yang abadi .sebolehnya buatlah dengan cara yang paling baik dan pastikan pemilihan itu membawa kepada keberkatan di dunia dan di akhirat 

Okeyy , ayat kat atas tu bukan lah ayat aku sepenuhnya . ada yang aku ambil daripada pakar motivasi yang dikenali . hmm nampak tak yang aku underline uh ? okey , aku confuse sebenarnya dengan ayat tu ,dalam dunia nih tak ada manusia yang sempurna . as a women , kita memang perlu mencari suami yang ada agama . tapi kalau kita terlalu mencari yang sempurna , tak akan dapat . dan macam mana mereka yang pernah membuat kesilapan , tapi jauh di sudut hati inginkan keinsafan ?  mereka perlukan seseorang yang boleh membuat mereka kembali ke jalan Allah . bayangkan kalau kita terlalu mencari yang terbaik , apa yang jadi pada mereka ?

Kalau yang perempuan pula , lelaki memang inginkan seseorang wanita yang  boleh menjadi isteri yang solehah n yang boleh menjaga anak2 meraka . tapi sekarang ramai perempuan yang terpesong agama nya kerana hasutan syaitan . kalau lelaki terlalu mencari wanita yang sempurana , apa yang jadi dengan mereka yang ingin berubah uh ? mereka juga perlukan seseorang untuk mereka ubah diri masing2 .seorang perempuan , kalau dah terdetik di hati tu ingin mencari keredhaan Allah , dia pasti inginkan lelaki yang boleh membimbing dia , bukan yang makin merosakkan dia .

Allah menjanjikan lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik , begitu juga dengan perempuan .  memang itu yang dijanjikan Allah , tapi sebagai manusia , untuk menyempurnakan pasangan tu , yang membezakan kita ialah kekurangan dan kelebihan . dengan kelebihan dan kekurangan diri masing2 itu lah yang akan menyempurnkan sesuatu hubungan . 

Aku yakin ramai yang tengah serabut fikir hal nih skunk . jangan risau , if kita yakin kita ingin berubah , insyaAllah , Allah akan temukan kita dengan seseorang yang terbaik . jangan lah ingat , if kita pernah membuat kesilapan , kita tak akan dapat kebahgiaan . yang penting kita bertaubat , jodoh kan rahsia Allah J


Rabu, 13 Mac 2013

pray for sabah .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..

Ya ALLAH , bagi lah kekuatan untuk ahli keluarga perwira2 negara yang terkorban di Lahad Datu ,, inalillah ,, dua orang lagi yang terkorban . hmm sumpah sedih sangat dah nih . aku yang tak de ikatan pape pun dengan dieorang rasa macam nih , apa lagi keluarga dieorang kan . kenapa lah kejam sangat pengganas nih ,, bila lah semua nih nak berakhir kan . dengan apa yang jadi nih aku terfikir , macam mana lah kalau aku kat tempat dieorang . kuat ke dengan semua dugaan nih ? ee , aku kene bersyukur sekarang , apa pun yang kurang kene ingat ade lagi yang lebih kurang daripada aku . apa lah perasaan mereka yang kat sabah tu kan , hati tak pernah tenang . sentiasa berhati2 . tak mustahil , if ada yang cuai ramai yang akan terkorban . tapi apa pun yang jadi , kita tak boleh nak salahkan dieorang yang bertugas uh . dah nama pun peperangan ,, pasti ada yang terkorban . yang kene ada skunk nih ialah , bertawakal dan berserah pada Allah . semua nya dah dirancang .

 yee ,, mungkin senang bagi aku untuk bercakap , tapi pada yang rasa uh ,  Allah je tahu . kalau lah aku mampu untuk sama2 kongsi apa yang dieorang rasa ,,, hanya doa yang mampu aku lakukan ,. Pada mulanya ,Setiap kali iklan khas paparkan gambar perwira yang terkorban , sumpah aku nangis . sebak gile hati nih . . aku macam tak percaya yang Negara nih ade peperangan . peperangan yang menyebabkan ramai yang terkorban . selalu tengok kat luar Negara je , tak berapa rasa lah sebab dah biasa dengar . kali nih kat Negara sendiri … yang terkorban pun orang kita .

haihhh ,, aku pelik kenapa ada yang terfikir ini semua permainan politik . wehhh !! kalau politik kenapa ade yang mati ?? tak kan lah nyawa nih boleh dipermainkan . so stupid okey ! adakah semua nih dirancang ? kalau betul , kenapa ?? perlu ke untuk mentabir Negara mesti ada yang terkorban ?? negara dalam bahaya pun , masih ada yang saling menyalahkan . nak tunggu berapa ramai lagi yang terkorban baru lah masing2 nak berdamai dan ada kata sepakat .sekarang bukan masa untuk politik , now time for patriotic !!  kenapa lah mesti wujud orang yang macam uh .

come on lah malaysia , tak kan nak support orang yang selalu buat masalah , yang selalu merosakkan keadaan yang aman . kalau dieorang boleh cakap nih permainan kerajaan , kerajaan pun boleh cakap nih permainan dieorang . tak mustahil dieorang yang rancang semua nih untuk porak peranda kan Negara . kalau rasa tak cukup matang untuk berfikir atau buat keputusan , kenapa perlu bermimpi untuk memimpin Negara ?? buang lah jauh2 angan2 uh . apa lagi yang tak cukup dengan kerajaan bagi ? semua yang kerajaan tentukan bersebab . semua untuk kebaikan . negara pun makin maju . hal politik , biarlah rakyat yang tentukan siapa yang terbaik . tak perlu lah nak buat cerita yang bukan2 kalau  rakyat tak nak pilih cara kau !!!

taubat lah dengan apa yang kau dah buat daripada dulu sampai skunk . apa je yang kau buat semua membuktikan yang kau TAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA . disebabkan kau , ramai yang menderita .SUMPAH AKU JIJIK DENGAN KAU !!  mugkin sekarang , yang tak bersalah menderita di dunia yang tak kekal nih . tapi KAU !! Tunggu balasan yang kekal nanti . time uh kau akan rasa apa yang mereka rasa . sebelum buat sesuatu statmnt , fikir lah perasaan orang . orang yang sedang kehilangan ahli keluarga buat selamanya  .  kau tak pernah rasa ke kehilangan ?? pada kau nih semua permainan , lansung tak ada perasaan . sanggup melontarkan kata2 yang buat dieorang terluka .

ya Allah , bagi lah petunjuk pada mereka yang terlalu kejam uh . kau selalu terlepas dari kesalahan yang kau lakukan . tapi kau tak sedar yang Allah sedang kumpul semua kesalahan kau untuk kau dapat balasan yang setimpal satu hari nanti . beribu atau berjuta orang sedang mendoakan sesuatu untuk aku . tak mustahil doa tu akan termakbul , bila2 masa . sekarang Nampak yang kau semakin giat memburukan kerajaan . mungkin Negara skunk tengah focus hal Lahad Datu , dan kau amik kesempatan hasut orang ramai untuk menyalah kan kerajaan . KAU TAK KAN DAPAT NEGARA nih . percaya lah wahai manusia KEJAM -,- rakyat belum pekak dan buta untuk percaya kata2 bongok kau tu . kalau kau teruskan semua nih dengan niat buSuk dan dengki , dengan izin Allah kau sure akan kehilangan segalanya  , AI !!



buang masa rasanya becerita pasal orang nih . hmm puas hati nih dapat luahkan apa yang terpendam .  harap cukup lah setakat nih perwira kita yang terkorban . tak sanggup rasanya nak dengar kita kehilangan salah seorang daripada mereka . untuk ahli keluarga arwah2 , kuat kan hati kalian semua dengan dugaan nih . percaya lah mereka semua akan bahgia di sana dan akan sentiasa berada di sisi Allah . mereka ialah perwira Negara selamanya . AMIN ,,  Al-fatiha untuk mereka .
beberapa gambar kenangan perwira yang terkorban .














Rabu, 6 Mac 2013

busy ft sedih --


Assalamualaikum . haii semuaa    ..

Haihh minggu nih full siot masa aku . sumpah penat .. rumah pun tergendala . so hari nih aku nekad jugak walaupun penat  , mulakan daripada toilet , dapur , depan an luar . fuhhh selesai semuanya … Nampak sikit cam rumah , kalau tak macam kapal karam . aku memang tak minat nak kemas2 nih , so kalau aku rajin je baru aku kemas betul2 , kalau tak sekadar kemas macam biase jee . lantak lah , yang penting MR.AA aku dah faham dengan perangai  aku . kan sayang ?? huhu . okeyy skunk nih aku tengah busy uruskan hal hospital . hari tu atok pergi buat chekup . tunggu giliran berjam2 , bayangkan lah pergi pukul 2 , balik kul 6.30 ,, perlukan kesabaran wehhh . dokter cakap masalah jantung atok dah serius . haihh aku ingat dah selesai , rupanya makin teruk laaa ..  dieorang cakap aku kene kawal makan an minum atok . haihhh aku nih cepat kesian laa . lagi2 kalau atok nak makan jugak . nak tak nak aku kene lah bagi jugak ,,, hmmm aku pening lah weh -,- before jumpe dokter uh aku dah kawal sebaik mungkin makan atok . alhamdllah , darah tinggi atok stabil .. tapi jantung pulak yang makin tak okeyy . alahai dokter , kenapa lah buat kepala aku pening …. Sepatutnye tadi kene g hospital JB buat chekup dada , tapi hospital kluang tak inform aku plak . bongek ! yang at sana nak marah2 pulak . serabot kepala aku . ya Allah , bagi lah kesabaran dan ikhlas kan lah hati aku dengan dugaan nih ,, okeyy dalam busy2 nih , aku still mengikuti hal Lahad Datu sabah dari masa kesemasa . haihh , sedih hati nih Allah je yang tahu . hati nih tak sanggup sebenarnya nak dengar ade kematian dari pihak pahlawan kita , tapi tetap nak tahu jugak . hmm bila lah semua nih nak setel kan , berapa ramai lagi lah yang harus terkorban kan . hope semua nih cepat setel . ade jugak yang tak puas hati dengan pahlawan kita , WHY ????? come on lah weh hormat lah perjuangan dieorang . ee , korang memang tak layak okey stay at Malaysia nih . skunk bukan masa nak berpolitik , now kita kene ada semangat patriotic okeyyy !! jum lah ramai2 kita doakan pahlawan kita supaya selamat pergi selamat balik . yang dah kembali ke rahmatullah uh , kita doakan semoga diterima mati syahid mereka oleh Allah . Al-fatiha L

Jumaat, 22 Februari 2013

satu hari ..


Assalamualaikum , haii :)

Apa hajat korang yang belum tercapai ? maksud aku macam apa yang korang nak buat tak dapat lagi . okey macam aku , aku teringin nak masuk penjara . huh jangan salah faham , I mean masuk untuk tengok keadaan banduan2  dalam uh . tak semua yang berada dalam uh bersalah . ada yang kene fitnah , tak melakukan kesalahan , tapi tak mampu melawan tanpa bukti yang kukuh . haihhh apa lah perasaan dieorang kan . yang aku pelik , kenapa lah orang yang dah pernah rasa kehidupan dalam uh tak serik2 . adakah kehidupan di sana indah sehingga kan mereka tidak serik . ya Allah ,, apa lah yang ada dalam kepala otak dieorang nih .. hmm sumpah teringin sangat . entah bila lah nak dapat kan ,, rasanya memang tak dapat . selain uh aku teringin nak pergi rumah orang2 tua , huh memang teringin sangat lah . dengar cerita dieorang , mesti best kann .. layan kerenah dieorang , mesti macam2 ragam . tu bila2 masa je kot boleh , tapi belum ada mase lagi . ade lagi lahh , aku nak pergi rumah anak yatim , huh nih paling tak sabar . aku nak tahu apa perasaan dieorang at rumah uh . memang teringin sangat . tapi siapa lah aku nak lakukan semua uh kan , hanya mampu merancang jee . insyaAllah kalau diizinkan mesti satu hari aku akan dapat tunaikan hajat aku uh . okeyy dah habis cite pasal hajat . letih sangat hari nih . tadi pagi pergi bawa atok aku pergi hospital , ade chekup . adehh sampai jee kerusi roda take , so kene lah tunggu dalam 15minit macam uh lah baru dapat kerusi roda . lepas tu pergi lah klinik pakar , then tunggu giliran , nasib baik tak lama . sementara tunggu uh , dekat belakang aku ade dua orang banduan n polis yang mengawal dieorang , haihh mulut aku nih teringin sangat nak berbual an dieorang , tapi tengok muka menakutkan pulak . so abaikan je niat uh ye faten . haha , farish je yang dok bermain ngan abang polis uh . tak lama sangat lah tunggu giliran , so samapi lah turn atok chek tekanan darah . okeyy tekanan darah atok sangat tinggi . bacaan nye 220/100 . bapak tinggi lah wehh . tekejut aku -,- so atok dibawa ke bilik kecemasan untuk direhatkan . haiya ! dalam kepala otak aku dah macam2 terfikir nih , n mulut aku tak putus2 doa , hope tak kene tahan ward . aduhh lama kot , tunggu. 2 jam lebih gitu .. sakit pulak hati nih , bukan nak bagitaw masa kesemasa keadaan atok aku . ade makcik sorang keluar cakap ade orang tua nangis at dalm sebab lapar . aik takan lah atok kan , untuk memastikan nye dengan selamba aku masuk jee .. ternyata orang lain , nasib baik . . atok cool je tengah rehat .. amboi2 , sedapje die baring di katil yang empuk uh , aku kat luar risau macam apa . haihh , sayang punye pasal sabar jelaa . so after nih kene jaga lah pemakanan atok , sebab 27 nih jumpe dokter pulak . kang law tekanan darah tinggi lagi , mati aku kene marah dengan dokter uh . hampeh -,- benggong nye dokter , tekanan darah naik bukan sebab ubat okeyy , kadang2 penat an takut pun tekanan  darah boleh naik . macam bagus jee . haihh selagi belum setel dengan hospital nih , tak senang hati aku . malas nak menghadap pengawal2 yang sombong , bongkak n belagak bagus uh . cukup lah mase uh bergaduh dengan dieorang . dah muak nak termuntah2 tengok cara dieorang . puihhhh :/ eh eh lupa pulak , tadi ad kes yang mengugat naluri keibuan aku . ya Allah , selalu dengar n tengok dekat tv je orang buang bayi . tadi ade dua orang polis bawak bayi yang baru lahir dua hari . sayang nye tak dapt tengok pun baby uh .. dengar cite makcik uh , baby uh ade orang jumpe dalam kain batik , tengah2 panas pas uh badan nye di hurung semut yang banyak , nasib baik lah kan orang jumpe awal . alhamdllah baby nye still bernyawa . ya Allah , kenapa lah bukan aku yang jumpa . apa lah perasaan orang yang buang bayi tu kan skunk . mesti dia tengah happy sebab masalah dia dah selesai dengan buang bayi uh . itu darah daging dia sendiri , bayi yang dilahirkan . kenapa lah dia sanggup buang , kenapa dia tak buang  masa dlam perut lagi , at least bayi uh belum bernyawa , kesiann L L hmm harap orang uh akan dapat balasan yang lebih teruk daripada uh . okeyy lah rasa nye cukup untuk kali nih  , Assalamualaikim :L

Selasa, 19 Februari 2013

sabar itu INDAH ..

Assalamualaikum , haii ...

hati perempuan kalau dah sakit , jadi apa ek ? yes perempuan nie memang complicated sikit . sikit jee . tapi kelebihan perempuan nih kalau dia dah sayang someone uh , kau buat salah macam ane pun dia still maafkan aw . and dia still teruskan relation .tapi kalau lelaki , pantang ade masalh sikit , terus serabot . haiihh , wahai kaum lelaki kenapa lah ego korang tinggi mengunung ek . aduhh cube lah bertolak ansur sikit untuk yang tersayang . walaupun perempuan nih kuat membebel kan , tapi perempuan lah yang selalu mengalah aw untuk menjernih kan keadaan . hmm lebih kurang macam uh lah masalah aku skunk nih , dia busy dengan study . tapi aku semakin rasa kehilangan dia . kenape ? maybe masa aku an dia semakin terhad . tipu lah kalau aku tak terasa kan , sakit aw hati nih -,- aku dah bagitaw dia yang aku rasa dia dah lain , tapi lain pulak yang jadi . cam biase . gaduh -,- okeyy . tapi sekejap jee . macam biasa , aku lah yang mengalah . yee skunk aku kene faham dia sepenuh masa . sebab aku yang selalu free aku kene lah tunggu dia free . dah tak boleh dah nak mengeluh , kalau nak mengeluh pun sorang2 je laa -- bak kata fidah , if kau sayang relation nih kau kene lah tahan and selalu mengalah .

ya Allah , kuatkan lah hati  untuk teruskan nie dan lindungi lah hubungan kami supaya kekal ke akhirnya :)

p/s untuk awak MR.AA , i will try untuk faham awak seadanya , saya harap awak akan hargai semau nih . satu je saya mintak , hope awak jaga hati awak untuk saya okeyy <3


Rabu, 13 Februari 2013

the day ...


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .


Hello , b4 aku terus kan , comfirm ada yang berbulu bace blog aku nih kan , sebab tak habis2 cita pasal cinta ,masalah je . ekeleh , aku punye blog , suka haty aku lah kan :p tak suruh tengok pun . haha ..  huh , cuti raya cina nih mesti kowg pergi bercuti kan . sama lah ngan family aku . dyeowg pegi pahang .dengar cite pegi gambang waterpark ,  wahh … rugi aku tak join . hmm takpe2 ngan family bila2 boleh kan . yang penting aku pun happy jugak dapat spendtime ngan yang tersayang . bukan tanak join family , tapi ….. hmm ntah lah . sapa yang faham dia akan diam , nak tengok sapa yang tak faham nanti . mesti akan banyak tanye . wutever :/ memang rindu nak kumpul ramai2 , Cuma masa yang buat aku terpaksa tak join . Alhamdulillah hari nie aku still dengan MR.AA  . so far perasaan at dia still macam first kenal ari uh . takde perubahan pun , malah makin sayang . haihh , indah nye bercinta nih kan ,bila tengah happy2 nih jangan lah lupa bersyukur faten  . ofcoz lah kan , aku hargai gile2 lah semua nih J tipu lah kalau aku cakap aku yakin yang semua nih akan kekal . takot tu ada , yee lah tengah2 happy tibe2 tak kekal , haiihh jauhkan lah . hope kalau lah takde jodoh an dia , biar lah aku yang berubah , sebb tak sanggup kot law dia yang berubah , sakit -,- cukup lah aku rasa yang lepas uh . beberapa hari lepas , aku ada hangout ngan dia , huuu … satu hari lah ngan dia ,macam2 lah cerita . . so lepas lah rindu yang  sebulan terpendam  . tapi bukan keluar berdua jee , ada ag satu couple yang meneman . tanak lah orang fikir yang bukan2 , t macam2 cerita pulak yang tak sedap didengar. Rupanya keluar ramai2 nih lagi best dpd berdua , lebih bebas sebab takde yang pandang semacam jee , n macam2 ragam yang ada , huhu best lorh . thanks lah pada yang teman uh (athirah ngan zainul ) next time kita plan ag taw . pas nie entah bila lah nak jumpe korang lagi , maklum lah busy study n keje masing2  . untuk MR.AA ,, thanks aw b coz make me happy . happy lah .. haha gedik –“ nak bagtw yang orang sayang b sangat aw ,, jaga diri uh , makan banyak2 aw . jangan nakal2 at sana t . ingat !! jangan lupa orang ,, heee D

snap b4 tunggu turn maen bowling -,-

tunggu bilik karoke , full -,-
athirah pun ade :)
tu zainul , bf  athirah .. huhu pic kabur -,-
huhu , best day :) nih beberpa pic yg sempat di snap . enjoy -_-
okeyy , bhaii .

Selasa, 5 Februari 2013

untuk dia .

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .

khas untuk AMIRUL ARIF .


saja . miss you so much lorh -,-
kbhaii :)

Ahad, 3 Februari 2013

BIAR laa .....


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .

Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik . Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekuranga .Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal nanti .


merancang adalah kita , yang menentukan Allah ;)
kbhaii -,-

Jumaat, 1 Februari 2013

dugaan ALLAH


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .

Kenapa dengan aku ? Kenapa aku macam tak betul nih . macam tak boleh terima sesuatu . tapi aku takde masalah rasanya yang terlalu buat aku pening dengan serabot nih .  hmmm , kalau lah aku taw apa yang harus aku buat , mungkin semua nih tak jadi . salah aku ke ? aku bukan nak jadi macam nih tapi kenapa jadi jugak . rasa tak tertanggung dengan dugaan yang baru neh . walaupown aku bukan sesiapa tapi aku rasa apa yang patut aku rasa . Ya Allah , kuatkan lah semangat untuk hadapi semua neh . sesungguhnya apa yang berlaku adalah kehendak MU . untuk mereka , hadapi semua nie dengan tenang dan sabar . setiap dugaan yang Allah beri , takan melebihi kemampuan kita sebagai hambaNYA … walaupun semua yang berlaku tanpa kita duga , pasti ada hikmah disebalik semua nieh . harap kita Nampak baik buruknye . Manusia mana yang tak pernah buat kesilapan ? setiap kesilapan akan ada keinsafan . anggap je nie semua dugaan dan ujian untuk kita kuat dan selalu ingat yang Allah sentiasa ada samada kita susah atau senang . apa pun taggungjawab sebagai ibu bapa telah diselesaikan dengan baik . skunk semua dah berubah , mugkin apa dirasa sebelum ini takan dirasa selepasa nie . apa je halangan kene kuat . jangan terlalu beremosi . kene sentiasa ingat yang kesilapan lepas jangan diulangi .apa je yang dilakukan kene ingat , sebab kene jaga banyak hati sekarang . maruah takan hilang sekali , mugkin akan berkali2 kalau kita tak pernah nak menginsafi diri sendiri . so harap apa yang berlaku boleh buat kita jadi lebih matang dan berhati-hati . Biar miskin dengan harta , tapi maruah keluarga adalah harta yang paling penting . bukan nak berlagak seolah2 aku nie yang terbaik , tapi apa yang diluahkan adalah ikhlas dari hati ini . sebab semua adalah penting dalam hidup aku . apa pun , sebagai keluarga , kita kene saling bagi sokongan , jangan pentingkan diri sendiri . harap semua nie akan selesai dengan cepat dan selamat . pada mereka yang tahu menyalahkan dan asyik nak mengata jew uh , lebih baik slow kan lah tabiat buruk kau uh sebab tak kemana . ingat , masing2 ada family , so jaga sendiri2 sudah .

kbhaii :)
salam -,-

Rabu, 30 Januari 2013

segalanya tentang HATI .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .


Hati ini sering saja meragui apa yang dimiliki . semua yang dimiliki seperti bukan yang hakiki . memang takde yang hakiki di dunia selain syurga . tapi sekurang2 nya ada yang kekal sehingga sampai mase nya . yee , semua yang di dunia adalah pijaman dariNYA . so aku sebagai manusia kene terima semua yang dah ditentukan .Seringkali aku berteka teki dengan diri sendiri , adakah aku seorang yang kuat atau seorang yang lemah . setiap kali aku ditimpa ujian , adakala aku seperti hilang diri menyalahkan takdir . tapi adakala aku rasa aku seorang yang kuat kerna aku masih berdiri hadapi ujian NYA .Aku keliru dengan diri sendiri . hidup nie kadang meletihkan sehingga aku rasa tanak hadapi nya . tapi aku HARUS juga hadapinya . keadilan apa yang aku harapkan ? KELIRU dengan hidup ini . mungkin aku harus mengenali diri aku sendiri seadanya sebelum orang lain memahami aku , Dugaan yang hadir telah membuat aku kenal siapa diri aku . aku terlalu banyak jaga hati orang sehinggakan hati aku terabai . aku tak mampu nak jaga hati aku sendiri ! walaupun terkadang aku nak akhiri semua ini tapi ada sesuatu yang menjadi penghalang . bak kata , termakan racun lagi bagus daripada termakan budi . hmmm ada yang harus aku lakukan yang tak mampu aku bayar dengan wang ringgit . janji aku , selagi atok ada aku takan biarkan atok sendirian . aku sedar siapa yang memerlukan aku n siapa yang mempergunakan aku . hanya aku dan ALLAH yang tahu .Bila melihat keadaan atok , aku akan cuba untuk jadi kuat . atok selalu cuba untuk tidak menyusahkan aku . apa je yang dia mampu buat , dia takan menyusahkan aku sampai lah dia betul2 tak mampu nak buat . kadng2 aku mengeluh tanpa fikir perasaan atok . sedangkan atok memng betul2 tak mampu nak buat , bukan niat nak menyusahkan aku . sumpah , walaupun aku mengeluh , tak terlintas pun at hati yang atok menyusahkan hidup aku . malah aku sangat beruntung sebab ada atok . aku tak pernah lapar ,, aku tak pernah tidur tepi kaki lima , aku tak pernah mintak sedekah . aku pergi sekolah , aku dapat apa yang anak2 lain patut dapat . semuanya atok bagi .. takde istilah atok menyusahkan hidup aku ,Cuma keadaan yang buat aku rasa rimas dengan semua nie . aku rasa macam nak pergi jauh je daripada kehidupan ini . kehidupan yang tak perlu jaga hati orang , bebas buat keputusan . Aku tahu , tanggungjawab dieowng untuk ambil tahu hal aku . jaga aku , lindungi aku , buat keputusan untuk aku , tentukan hidup aku sebab aku nie salah satu amanah Allah pada mereka . yeee , semua tu aku hargai sangat . tapi skunk aku dah dewasa , aku dah boleh berfikir , dah boleh buat keputusan sendir . tapi ada tak apa yang aku buat dihargai ?? keputusan yang aku buat disetujui ?? mungkin jawapan nya ada , tapi ikhlas ke semua tu ?? tak . aku taw apa je yang disetujui bersebab . sebab nak tengok betul ke keputusan yang aku buat , n mampu ke aku hadapi semua uh . aku ngaku semua keputusan yang aku buat separuh jalan . tapi fikir tak kenapa ??? sebab aku takde sokongan ! ,malah makin buat aku down , mencurigai apa yang aku buat .  fahami lah , yang aku nih macam anak2 yang lain . yang perlukan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga . keputusan apa pun yang aku buat and haluan apa pun yang aku pilih kalau takde sokongan aku akan kecundang . Skunk aku memang seorang yang tewas . apa je yang jadi aku terima walaupun aku tak ikhlas . mungkin aku Nampak biasa , tapi hati ini dah terlalu berdendam . aku tahu siapa yang perlu aku hargai n siapa yang perlu aku jauhi . untuk mereka yang mempergunakan aku , mungkin aku akan hormati , tapi hati ini penuh dengan benci . untuk mereka yang hargai aku , walaupun tak Nampak percya lah , hati ini sentiasa menghormati dan sayangi .

Selasa, 22 Januari 2013

Jika dah tertulis .

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .


Susah kan bila kita keliru dengan perasaan . lagi2 melibatkan perasaan cinta . Aku kan dah bosan lah dengan perasaan yang macam lalang neh . Sebenarnya hati aku dah betul2 boleh terima dia , tapikan kenapa aku still tak rasa yang dia betul2 boleh terima aku seadanya ? huh mesti tak faham kan maksud aku . hmmm jiwa kacau lah ! sebab tu lah ayat aku pun tonggang tebalik neh . haiihh , kenapa lah kau tak faham-faham pasaan aku neh . Susah sangat ke nak faham hati seorang perempuan neh ? tak susah lah kalau kau betul2 serious . hati aku neh dah macam apa taw tak . kadang-kadang aku yakin dengan kau , kadang-kadang aku rasa macam dipermainkan . Tapi aku tetap pujuk hati ini , anggap jela neh lumrah bercinta . Bila kau buat something yang buat aku sakit hati , Allah jela yang tahu pasaan aku time uh . FAHAM .....
Memang aku selalu je touching , tapi aku jarang lah luahkan at kau , sebab aku taknak rosakkan mud kau . bila aku rasa aku perlu touching baru lah aku akan buat . tu pun kadang2 kau tak nampak . Tak pelaa , mungkin kau belum sedia nak ada hubungan special . atau mungkin kau malu ngan kawan2 kau dengan hubungan ini . Skunk semuanya aku serah pada takdir , andai ada jodoh kita pasti hati aku akan terbiasa dengan semua nie ..
okey
bhai -,-

Jumaat, 18 Januari 2013

kahwin lagii ....


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .

first for all , nak bagitaw lah kita dah buat twitter . haha nampak sangat kan kejakunan uh . tak pe laa yang penting dah maju sikit . Bukan apa , setiap kali unline FB ada je yang mintak twitter , so setiap kali tu lah aku rasa sangat ketinggalan zaman bila terpaksa jawab , sorry takde acc twitter lah . Tapi kan bila dah buat acc twitter beberapa hari lepas takde pulak yang follow . Nampak sangat lah sengaja mintak tapi tak follow pun kan . menyampah ! Lain kali kalau aku tak layan , cari je sendiri kat profile, ade link acc twitter aku at situ . 
Tu bukan lah point first aku nak cerita , sebenarnya nak cite pasal KAHWIN . huh , esok ada lagi sorang rakan sebaya aku yang dah menamatkan zaman bujang dia . wahhh , macam best je kan . So dia yang first lah tahun nie , lepas nie sapa pulak yang akn menyusul . ADAKAH aku ? kah3 .... mungkin tidak . Actly bahgia tengok membe2 neh kahwin . Duduk atas pelamin , alaaa so sweet kan . semoga bahgia sampai akhir hayat :)
Dah , takde idea pulak nak membebel . see you again . bhaii T_T

Rabu, 9 Januari 2013

RINDU .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum .



Dah masuk berapa hari Atok kembali ke rahmatllah . Tak tahu lah kenapa rindu sangat ngan Atok . Sampai nangis teresak2 semalam . Teringat kenangan dengan Atok mase dia sihat . Atok banyak ketawe walau pown dia nak marah . yee , sumpah rindu sangat lahh . Sampai kan kadang2 terasa nak tengok Atok at rumah dia , tapi kalau lalu uh takde orang . Atok akn jenguk at tingkap kalau orang datang , masu uh Atok sihat lagi . Sampai sekarang aku still tak terasa Atok dah takde . Rase macam Atok pegi jalan2 je at uma makcik kat JB . tapi hakikat nya Atok dah takde . Tak ingat bila laa kali terakhir tengok Atok sihat . Last tengok mase Atok dah terlantar tak sedarkan diri . Nasib baik lah mase uh aku tekad juga nak pegi tengok walaupown jauh . Mase uh semua ada , tapi atok tak bangun pun . Walaupown atok tak sedar , dia dengar suare kita semua . kadang2 bila seseorang bercerita ngan atok , nampak air mata dia mengalir , Ya Allah syahdu nye saat tu . Mase akk atok nak balik atok buka mata , lega nya time tu kan . setelah 3 hari tak sedarkan diri akhirnya dia buka mata . Nampak Atok nak cakap something , tapi tak mampu . tu lah kali terakhir atok buka mata . berat sangat hati nak balik mase uh , tapi apakan daya ada hal yang harus aku setel kan . yee , tu lah kali terakhir aku dapat berborak dengan atok , pas dua hari balik pada tarikh 31/12/2012 jam 1.30pagi  ada panggilan daripada orang JB . Atok dah tak sedar , nadi atok dah berhenti . Ya Allah , kali nie atok betul2 dah takde . sedih nya mase tu ,,, tak dapat tengok atok menghembuskan nafas terakhir dia . so sementara tunggu jenazah Atok samapi paloh , ada lah masalah sikit . tapi Alhamdllah semua berjalan lancar . Buat pertama kali nya aku mandikan jenazah . time uh Allah je taw perasaan nie . Air mata nie tak berhenti mengalir tengok atok . Sebelum dikafan kan semua waris diberi mase untuk menatap kali terakhir wajah Arwah . semua sempat beri kucupan terakhir , air mata aku tak berhenti , tak sanggup rasanya nak beri kucupan terakhir uh , cukup lah dengan melihat buat kali terakhir . Alhamdllah semua selesai lepas Zohor . Semoga roh Arwah NORSINAH binti DARHAM berada di kalangan orang2 yang beriman dan aman di sana . Amin ~
atok sempat tengok cucu terakhir dia ..

AL-FATIHAH ......
okey ,, salam , bhaii :)

Ahad, 6 Januari 2013

BERSYUKUR .

Allah tu tak zalim . DIA akan makbulkan doa hambaNYA yang ikhlas .
if kita tak pernah bosan memohon , mesti Allah akan tolong .
cepat or lambat jee . Aku dah dapat apa yang aku nak . THANKS ALLAH :)
keadaan skunk adalah apa yang tak pernah aku fikir akan jadi
kenyataan . Tidak sama sekali . tapi dengan izin Allah aku dapat rasa 
kebahgiaan ini .
hope kebahgiaan ini akan berkekalan .Amin :)