Rabu, 13 Mac 2013

pray for sabah .


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum and hai ..

Ya ALLAH , bagi lah kekuatan untuk ahli keluarga perwira2 negara yang terkorban di Lahad Datu ,, inalillah ,, dua orang lagi yang terkorban . hmm sumpah sedih sangat dah nih . aku yang tak de ikatan pape pun dengan dieorang rasa macam nih , apa lagi keluarga dieorang kan . kenapa lah kejam sangat pengganas nih ,, bila lah semua nih nak berakhir kan . dengan apa yang jadi nih aku terfikir , macam mana lah kalau aku kat tempat dieorang . kuat ke dengan semua dugaan nih ? ee , aku kene bersyukur sekarang , apa pun yang kurang kene ingat ade lagi yang lebih kurang daripada aku . apa lah perasaan mereka yang kat sabah tu kan , hati tak pernah tenang . sentiasa berhati2 . tak mustahil , if ada yang cuai ramai yang akan terkorban . tapi apa pun yang jadi , kita tak boleh nak salahkan dieorang yang bertugas uh . dah nama pun peperangan ,, pasti ada yang terkorban . yang kene ada skunk nih ialah , bertawakal dan berserah pada Allah . semua nya dah dirancang .

 yee ,, mungkin senang bagi aku untuk bercakap , tapi pada yang rasa uh ,  Allah je tahu . kalau lah aku mampu untuk sama2 kongsi apa yang dieorang rasa ,,, hanya doa yang mampu aku lakukan ,. Pada mulanya ,Setiap kali iklan khas paparkan gambar perwira yang terkorban , sumpah aku nangis . sebak gile hati nih . . aku macam tak percaya yang Negara nih ade peperangan . peperangan yang menyebabkan ramai yang terkorban . selalu tengok kat luar Negara je , tak berapa rasa lah sebab dah biasa dengar . kali nih kat Negara sendiri … yang terkorban pun orang kita .

haihhh ,, aku pelik kenapa ada yang terfikir ini semua permainan politik . wehhh !! kalau politik kenapa ade yang mati ?? tak kan lah nyawa nih boleh dipermainkan . so stupid okey ! adakah semua nih dirancang ? kalau betul , kenapa ?? perlu ke untuk mentabir Negara mesti ada yang terkorban ?? negara dalam bahaya pun , masih ada yang saling menyalahkan . nak tunggu berapa ramai lagi yang terkorban baru lah masing2 nak berdamai dan ada kata sepakat .sekarang bukan masa untuk politik , now time for patriotic !!  kenapa lah mesti wujud orang yang macam uh .

come on lah malaysia , tak kan nak support orang yang selalu buat masalah , yang selalu merosakkan keadaan yang aman . kalau dieorang boleh cakap nih permainan kerajaan , kerajaan pun boleh cakap nih permainan dieorang . tak mustahil dieorang yang rancang semua nih untuk porak peranda kan Negara . kalau rasa tak cukup matang untuk berfikir atau buat keputusan , kenapa perlu bermimpi untuk memimpin Negara ?? buang lah jauh2 angan2 uh . apa lagi yang tak cukup dengan kerajaan bagi ? semua yang kerajaan tentukan bersebab . semua untuk kebaikan . negara pun makin maju . hal politik , biarlah rakyat yang tentukan siapa yang terbaik . tak perlu lah nak buat cerita yang bukan2 kalau  rakyat tak nak pilih cara kau !!!

taubat lah dengan apa yang kau dah buat daripada dulu sampai skunk . apa je yang kau buat semua membuktikan yang kau TAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA . disebabkan kau , ramai yang menderita .SUMPAH AKU JIJIK DENGAN KAU !!  mugkin sekarang , yang tak bersalah menderita di dunia yang tak kekal nih . tapi KAU !! Tunggu balasan yang kekal nanti . time uh kau akan rasa apa yang mereka rasa . sebelum buat sesuatu statmnt , fikir lah perasaan orang . orang yang sedang kehilangan ahli keluarga buat selamanya  .  kau tak pernah rasa ke kehilangan ?? pada kau nih semua permainan , lansung tak ada perasaan . sanggup melontarkan kata2 yang buat dieorang terluka .

ya Allah , bagi lah petunjuk pada mereka yang terlalu kejam uh . kau selalu terlepas dari kesalahan yang kau lakukan . tapi kau tak sedar yang Allah sedang kumpul semua kesalahan kau untuk kau dapat balasan yang setimpal satu hari nanti . beribu atau berjuta orang sedang mendoakan sesuatu untuk aku . tak mustahil doa tu akan termakbul , bila2 masa . sekarang Nampak yang kau semakin giat memburukan kerajaan . mungkin Negara skunk tengah focus hal Lahad Datu , dan kau amik kesempatan hasut orang ramai untuk menyalah kan kerajaan . KAU TAK KAN DAPAT NEGARA nih . percaya lah wahai manusia KEJAM -,- rakyat belum pekak dan buta untuk percaya kata2 bongok kau tu . kalau kau teruskan semua nih dengan niat buSuk dan dengki , dengan izin Allah kau sure akan kehilangan segalanya  , AI !!



buang masa rasanya becerita pasal orang nih . hmm puas hati nih dapat luahkan apa yang terpendam .  harap cukup lah setakat nih perwira kita yang terkorban . tak sanggup rasanya nak dengar kita kehilangan salah seorang daripada mereka . untuk ahli keluarga arwah2 , kuat kan hati kalian semua dengan dugaan nih . percaya lah mereka semua akan bahgia di sana dan akan sentiasa berada di sisi Allah . mereka ialah perwira Negara selamanya . AMIN ,,  Al-fatiha untuk mereka .
beberapa gambar kenangan perwira yang terkorban .














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

heyy .. thanks couse bace blog saya ! sila la coment yew :)